3 Mawar Dara Gabung 3 pelakon hebat |

Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan drama menarik berjudul 3 Mawar Dara khusus untuk peminat-peminat setianya. Drama ini dibintangi oleh pelakon-pelakon popular masa kini seperti Lisdawati, Almy Nadia, Yatt Hamzah, Fizow Omar, Roy Azman dan Rizal Jaafar.
Drama ini berlegar sekitar watak Miza, Zana dan Amy merupakan rakan sekampung yang berkawan baik tetapi mempunyai karakter yang amat berbeza. Mereka tinggal bersama di Kuala Lumpur dan bekerja mengikut kelayakan masing-masing. Miza menjadi kerani di sebuah syarikat pengedar produk kecantikan. Dia sering menjadi mangsa usikkan Faizal, eksekutif muda di situ. Walaupun nakal, Faizal seorang yang baik dan selalu membelikan sarapan untuk Miza.
Zana pula berkelayakan ijazah bekerja sebagai pengurus di sebuah kafe eksklusif. Sifatnya yang garang dan tegas amat sesuai dengan pekerjaannya. Zana akan memarahi semua pelayannya sekiranya mereka melakukan sebagai kecuaian. Dia amat mementingkan kepuasan pelanggan dan kebersihan kafe.
Sementara itu Amy pula bekerja di sebuah syarikat menjual dan mengedar uniform sebagai penolong pengurus tukang jahit. Dia cukup risau dan malu apabila ada lelaki yang cuba mendekatinya sehinggalah berkenalan dengan pekerja baharu kedai itu bernama Salleh.
Kehidupan mereka bertiga lancar sehinggalah satu hujung minggu mereka balik kampung bersama. Yang menghairankan mereka, kesemua ibu mereka bertanyakan dan mendesak mereka untuk berkahwin. Apakah keputusan yang diambil mereka? Dapatkah mereka mencari jodoh pilihan sendiri atau terpaksa menurut pilihan keluarga yang mahu mereka berumah tangga tahun itu juga?

No comments:
Post a Comment