Mengenai Sri Aman
Daerah Sri Aman yang seluas 3,848 km/segi ini merangkumi seramai 65, 516 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Kaum Iban merupakan kaum yang terbesar menetap di daerah ini, Diikutinya ialah kaum Melayu dan Cina . Manakala kaum Bidayuh dan Melanau .Terdapat sebanyak lima pekan dalam daerah Sri Aman. Pekan-pekan ini termasuklah Lingga, Pantu, Lachau, Keranggas Gayau dan Sungai Tenggang.
Kakitangan kerajaan dan Badan-badan berkanun perlu berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar seiring dengan keperluan masyarakat setempat.
Bertarikh 25 Febuari 2002 (Isnin), satu sejarah telah dicipta oleh Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) di mana seramai 107 orang kakitangan telah melaungkan ikrar dan seterusnya menandatangani Surat Aku Janji di hadapan Setiausaha Majlis, En. Ignatius Jinnie Bunyau. Pada majlis ringkas tersebut, Setiausaha MDSA berkata bahawa kemajuan yang dicapai oleh kerajaan dalam semua aspek memerlukan penyusunan pentadbiran yang lebih teliti dan tenaga mahir untuk membentuk satu sistem kerja yang berkualiti.
Dalam pada itu, beliau berharap dengan menandatangani Surat Aku Janji ini, semua kakitangan di bawah naungan MDSA akan lebih bersemangat dan berusaha gigih dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Akhirnya, beliau juga menjelaskan bahawa proses menandatangani Surat Aku Janji akan menjadi syarat yang dimestikan kepada semua kakitangan kerajaan di negara ini.
No comments:
Post a Comment